9.1.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

9.1.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

9.1.2024 - Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

SPCAAM BANTU PEKERJA TERANIAYA

 

Peranan SPCAAM sebagai organisasi yang mementingkan perlindungan sosial kepada semua masyarakat diteruskan dengan menjadi pemudahcara membantu golongan pekerja yang teraniaya.

 

Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada 2 pekerja yang hadir ke ibupejabat SPCAAM hari ini. 

 

Pekerja tersebut telah mendapatkan penerangan berkenaan Waktu Kerja, Bayaran Kerja Lebih Masa, Waktu Cuti, KWSP dan perlindungan daripada PERKESO semasa kehadiran mereka di pejabat SPCAAM. Kepentingan Majikan untuk mencarum dalam Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) PERKESO juga telah diterangkan.

 

Kami menerima aduan bahawa Majikan tidak mencarum bayaran yang telah dipotong ke dalam KWSP dan juga PERKESO. Kami telah mengarahkan mereka untuk terus membuat aduan dengan segera. 

 

Di akhir sesi perjumpaan tersebut, kedua duanya amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan terus menjadi ahli SPCAAM. 

 

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH MASA DEPAN KITA.

#RakyatJagaRakyat 

#viralpage 

#marhaen 

#PerlindunganSosial 

#Madanichannel 

#RakyatBantuRakyat 

#kesatuan 

#KesatuanSekerja 

#pekerjakilang 

#malaysia