8 Januari 2024 – Ibupejabat SPCAAM

 

8 Januari 2024 – Ibupejabat SPCAAM

 

 

8 Januari 2024 – Ibupejabat SPCAAM

SPCAAM BANTU PEKERJA DITAMATKAN KERJA 24JAM TANPA APA-APA PAMPASAN KERJA.

SPCAAM yang diwakili oleh Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memberikan khidmat nasihat kepada seorang pekerja wanita tempatan yang berasal dari Selangor. Beliau yang berkhidmat di sektor perkhidmatan pengangkutan dan bekerja sebagai Kerani Akaun telah ditamatkan perkhidmatan secara 24jam tanpa diberikan apa-apa bayaran ganti rugi notis dan pampasan lain.

Beliau hadir ke pejabat SPCAAM untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk meneruskan tindakan terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Satu pemfailan kes kepada Jabatan Tenaga Kerja(JTK) untuk tuntutan baki gaji bulan Disember 2023, bayaran ganti rugis notis 2 bulan, bayaran faedah penamatan perkhidmatan dan bayaran baki elaun-elaun lain telah dilakukan di pejabat JTK Bangi.

SPCAAM akan mewakili pekerja tersebut di dalam Rundingan Damai yang akan dijalankan di JTK Bangi pada 14.2.2024 nanti. Semoga keadilan dan perlindungan sosial pekerja tersebut akan terus dibela dan dipermudahkan segala urusannya.

HAK PEKERJA ADALAH HAK ASASI MANUSIA

#RakyatJagaRakyat

#viralpage

#marhaen

#PerlindunganSosial

#Madanichannel

#RakyatBantuRakyat

#kesatuan

#KesatuanSekerja

#pekerjakilang

#MALAYSIA