NASIB DAN PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA TERUS DIBELA SPCAAM

 

NASIB DAN PERLINDUNGAN SOSIAL PEKERJA TERUS DIBELA SPCAAM

 

 

Ibupejabaat SPCAAM telah dihadiri oleh 2 orang pekerja dari sektor perkhidmatan dan penyelenggaraan. Kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur. Mereka telah hadir ke pejabat SPCAAM dan telah diberikan penerangan berkenaan fungsi dan peranan SPCAAM.

Kedua-duanya menghadapi masalah di dalam pekerjaan mereka. Salah seorangnya telah ditamatkan perkhidamatan atas alasan yang tidak munasabah. Beliau telah dinasihatkan untuk memfailkan kesnya di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.

Pihak SPCAAM yang diwakili oleh Pengarah Komunikasi SPCAAM, Sdra Zul Thye telah membantu seorang pekerja tersebut untuk menyediakan surat balas tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Majikan.

Kedua-duanya telah mengisi borang keahlian SPCAAM untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM untuk terus mendapatkan perkhidmatan kami.

Di SPCAAM, kami akan membantu semua lapisan masyarakat dan juga semua golongan pekerja termasuklah pekerja migran dalam semua permasalahan berkaitan perlindungan sosial.

Jom, sertai SPCAAM demi perlindungan sosial yang wajar.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.