CAMU mahu bincang isu pindaan RUU Kesatuan Sekerja dengan Menteri Sumber Manusia baharu

 

CAMU mahu bincang isu pindaan RUU Kesatuan Sekerja dengan Menteri Sumber Manusia baharu

 

 

KUALA LUMPUR 22 Dis - Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) berharap Menteri Sumber Manusia yang baru dilantik, Steven Sim Chee Keong bersetuju mengadakan satu pertemuan dengan CAMU bagi mendengar penjelasan berkenaan implikasi dan kesan negatif sekiranya Rang Undang Undang (RUU) D.R.30/2023 Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 dilaksanakan sepenuhnya nanti.

KLIK DISINI

Pengerusi CAMU, Rudy Rusly berkata, ia sepertimana perjuangan CAMU sejak awal 2022, iaitu membantah sebahagian daripada RUU tersebut terutamanya berkaitan dengan pindaan yang membenarkan kepelbagaian kesatuah sekerja di satu tempat kerja dan kuasa lebar luas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS),

Beliau berkata, bantahan itu sehingga hari ini diteruskan walaupun Dewan Rakyat meluluskan RUU tersebut pada 10 Oktober 2023 dan diikuti kelulusan di Dewan Negara pada 28 November 2023

BERITA

UEM Sunrise, Festival Seni Bina KL. pupuk bakat 01 arkitek muda dalam industri binaan menerusi KLAF Design Charrettes 2023

Katanya, pentadbiran Kementerian Sumber Manusia di bawah tadbir urus V Sivakumar, bekas menteri sumber manusia yang lepas tidak memainkan peranan yang wajar dalam mendengar kepada saranan dan keluhan penting pekerja Malaysia yang disampaikan oleh CAMU.

02 MIDF Research unjur kadar inflasi keseluruhan be rada pada paras 3.2% pada tahun hadapan

"Saranan CAMU kepada Steven Sim selaku menteri sumber manusia yang baru ini seperti mana kenyataan beliau di dalam kenyataan medianya, dalam era menstruktur semula ekonomi dalam kerangka Malaysia MADANI, fokusnya ialah pembangunan kemahiran, kebajikan pekerja dan produktiviti secara amnya.

Source:

https://www.dagangnews.com/article/camu-mahu-bincang-isu-pindaan-ruu-kesatuan-sekerja-dengan-menteri-sumber-manusia-baharu-33537