Seorang pekerja di sektor perkhidmatan telah dibuang kerja 24 jam tanpa notis.

 

Seorang pekerja di sektor perkhidmatan telah dibuang kerja 24 jam tanpa notis.

 

 

Seorang pekerja di sektor perkhidmatan telah dibuang kerja 24 jam tanpa notis. Beliau telah hadir ke pejabat SPCAAM pada hari ini untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kehadiran beliau ke pejabat SPCAAM telah dibantu oleh Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM.

SPCAAM amat bersimpati dengan keadaan pekerja tersebut yang telah ditamatkan perhidmatan dalam tempoh 24 jam tanpa sebab yang berasas dan langsung tidak memberi peluang kepada pekerja untuk mempertahankan haknya sebagai seorang pekerja. Setelah mendengar dan meneliti apa yang disampaikan pekerja tersebut, Sdra Zul Thye telah menasihatkan pekerja tersebut untuk memfailkan kes pembuangan kerjanya ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor dengan segera.

Pekerja tersebut telah dibantu untuk mengisi borang P001 JPP untuk memfailkan kes nya . Beliau juga telah mengisi borang keahlian SPCAAM untuk terus menjadi ahli SPCAAM. Pihak SPCAAM akan terus membantu beliau di dalam sesi Rundingan Damai yang akan dijalankan di pejabat JPP nanti. Semoga segala urusan dan tuntutan keadilan akan dipermudahkan selepas ini.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.