SPCAAM TERUS MEMBANTU PEKERJA YANG DIBUANG KERJA TANPA ALASAN MUNASABAH

 

SPCAAM TERUS MEMBANTU PEKERJA YANG DIBUANG KERJA TANPA ALASAN MUNASABAH

 

 

SPCAAM TERUS MEMBANTU PEKERJA YANG DIBUANG KERJA TANPA ALASAN MUNASABAH

Seorang pekerja yang berkhidmat di dalam sektor perhotelan telah ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yang munasabah daripada pihak majikan. Beliau telah hadir ke ibu pejabat SPCAAM dan telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Sdra S Nadarajan, Naib Presiden SPCAAM.

Sdra Nadarajan telah memberikan khidmat nasihat kepada pekerja tersebut di mana, pekerja ini perlu memfailkan kes di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Semua dokumen yang perlu dilampirkan kepada pihak jabatan telah disemak oleh Sdra Nadarajan sebelum beliau memfailkan kesnya di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.

Pekerja tersebut juga telah menjadi ahli SPCAAM dan Rundingan Damai beliau yang akan datang akan diwakili oleh SPCAAM nanti.

Jom! Sertai SPCAAM untuk perlindungan sosial yang wajar. Perlindungan sosial adalah hak asasi manusia.