PM DIGESA CAMPURTANGAN PINDAAN UNDANG UNDANG KESATUAN SEKERJA

PM DIGESA CAMPURTANGAN PINDAAN UNDANG UNDANG KESATUAN SEKERJA

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk campur tangan dalam pindaan undang-undang kesatuan sekerja yang didakwa akan menyekat kekuatan pergerakan kesatuan pekerja secara keseluruhannya.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Anthony D’Angelus berkata, sekiranya pindaan berkenaan dilaksanakan, ia akan memundurkan agenda Anwar untuk negara ini.

Dakwanya, Rang Undang-undang (RUU) Kesatuan Sekerja yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini hanya akan membuatkan pengaruh kesatuan sekerja merosot untuk tempoh jangka panjang.

“Ada kesatuan yang menyokong perkara (RUU) ini kerana mengandaikan mereka dapat menambah keahlian dalam tempoh singkat. Bagaimanapun ini sekadar pandangan jangka pendek¸ kerana ia sebaliknya hanya akan menyekat kekuatan pergerakan kesatuan pekerja secara keseluruhannya.

“Malah akan semakin kurang lagi pengaruh politik yang ada pada pekerja. Ini akan melemahkan lagi hak tawar-menawar pekerja di Malaysia. Aspirasi untuk merapatkan jurang kekayaan dan pendapatan tidak akan dapat direalisasikan, bahkan akan menjadi lebih buruk lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 10 Oktober lalu dilaporkan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibahas 14 ahli Parlimen.

Callistus mendakwa, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang mencadangkan pindaan berkenaan jelas mahu berganding bahu dengan perniagaan-perniagaan untuk mengawal pengaruh pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini.

“KSM secara selektif menggunakan piawaian buruh antarabangsa sebagai asas untuk membuat perubahan dalam sistem perhubungan perindustrian di negara ini,” ujarnya.

#RakyatJagaRakyat

#marhaen

#pekerja

#PerlindunganSosial

#pekerjakeras

#solidaritipekerja

#RakyatBantuRakyat

#pekerjakilang

#viralpage

#Rakyat

#dewanrakyat

#DewanNegara