KITA KEHILANGAN RAKAN SEJATI DALAM PERJUANGAN KESATUAN SEKERJA

 

KITA KEHILANGAN RAKAN SEJATI DALAM PERJUANGAN KESATUAN SEKERJA

 

 

Salam hormat saudara/i yang dihormati

Dengan penuh rasa sedih dimaklumkan bahawa Saudara Zulfakar Mohamed, Timbalan Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) merangkap Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Industri Minuman Semenanjung Malaysia dan Pengerusi Coalition Against Multiplicity of Unions atau Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) telah kembali ke Rahmatullah petang semalam.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua, terutama NUBE kerana beliau adalah seorang rakan Pejuang yang ikhlas bersama NUBE menghadapi semua cabaran.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh. 

A. KARUNA
SETIAUSAHA AGUNG SPCAAM

18 Jun 2022