MAJLIS PELANCARAN SPCAAM

 

MAJLIS PELANCARAN SPCAAM

 

 

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan menyeluruh dan meliputi semua sektor kehidupan rakyat Malaysia, khususnya golongan pekerja, akan dilancarkan pada 1 Mei, Ahad lalu.

Majlis pelancaran berlangsung di NUBE House, Brickfields, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran yang diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 2022, akan disempurnakan oleh YBrs Syed Shahir Syed Mohamud, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia, yang kini merupakan Pengerusi Institut Pemberdayaan Pekerja Selangor (IPPS).

SPCAAM akan bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu orang ramai, termasuk para pekerja, tidak kira jawatan, kedudukan, dan negara asal. SPCAAM akan menjadi badan penasihat perlindungan sosial yang berkesan untuk semua yang menetap di Malaysia.