SPCAAM BELA NASIB PEKERJA DALAM REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DI BAWAH SEKSYEN 20 APP 1967.

 

SPCAAM BELA NASIB PEKERJA DALAM REPRESENTASI PEMULIHAN KERJA DI BAWAH SEKSYEN 20 APP 1967.

 

 

SPCAAM terus membela nasib pekerja yang juga ahli SPCAAM pada hari ini dalam sesi Rundingan Damai bagi representasi pemulihan kerja dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kuala Lumpur hari ini.

Pihak Majikan yang diwakili oleh 2 wakil mereka telah memberikan penghujahan dan alasan mereka dalam membuat keputusan menamatkan perkhidmatan pekerja.

Sdr Zul Thye telah memberikan hujah dan penerangan yang jelas semasa membalas penghujahan Majikan yang tidak mempunyai sebab dan bukti kukuh dalam penamatan perkhidmatan pekerja tersebut.

Tuntutan bayaran pampasan dengan sejumlah nilai yang wajar telah dikemukakan kepada Majikan sekiranya pemulihan kerja tidak berjaya. SPCAAM berharap perkara ini dapat diselesaikan di peringkat Jabatan dan telah memaklumkan kepada Majikan.

Wakil Majikan memerlukan tempoh masa seminggu untuk memberikan cadangan balas yang akan memastikan penyelesaian di peringkat jabatan dapat dicapai.