29 Ogos 2023 – Menara Takaful Malaysia, Kuala Lumpur

 

29 Ogos 2023 – Menara Takaful Malaysia, Kuala Lumpur

 

 

SPCAAM MELEBARKAN KERJASAMA DENGAN OMBUDSMAN FOR FINANCIAL SERVICES (OFS)

SPCAAM dengan usaha yang diketuai oleh Sdr J Solomon, Presiden SPCAAM dan turut disertai oleh Sdr Zul Thye, Pengarah Komunikasi dan juga Sdr Sivatharan, Penasihat Sektor Kewangan telah megadakan pertemuan dengan Ombudsman for Financial Services (OFS) di Menara Takaful Malaysia, Kuala Lumpur pada hari ini.

OFS telah diwakili oleh Puan Marina Baharuddin, CEO OFS, Puan Kamsinah Mohamed, Pengurus Kes OFS, Puan K Vijaya, Pengurus Sumber Manusia, Kewangan dan Pentadbiran OFS dan Sdri Sasikala Krishnan, Pengurus Komunikasi Koperat.

Sdr J Solomon mengucapkan penghargaan kepada OFS kerana sudi menerima permohonan pertemuan ini dan meluangkan masa untuk menerangkan peranan dan fungsi OFS dengan lebih mendalam. Beliau juga telah menerangkan fungsi dan peranan SPCAAM dalam membantu semua lapisan masyarakat di dalam perlindungan sosial yang wajar.

Sdr J Solomon turut menyampaikan hasrat SPCAAM bagi kerjasama 2 hala yang baik di antara SPCAAM dan OFS. Di antara perkara-perkara yang disampaikan adalah:

1. OFS dapat menyalurkan dan berkongsi segala maklumat terkini kepada SPCAAM berkenaan informasi dan maklumat bagi mengelakkan kerugian kewangan.

2. OFS dan SPCAAM dapat menjalinkan kerjasama yang baik selepas ini dalam membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan khidmat nasihat di dalam isu perbankan yang berkaitan dengan kerugian kewangan.

3. SPCAAM berharap OFS dapat menjemput SPCAAM di dalam mana-mana seminar ataupun perjumpaan mesyuarat bagi meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai SPCAAM dalam bidang ini bagi meningkatkan mutu khidmat nasihat kami kepada masyarakat umum.

4. SPCAAM amat menghargai sekiranya pegawai-pegawai SPCAAM diberi taklimat berkenaan peranan dan fungsi OFS oleh kakitangan OFS.

Puan Marina Baharuddin, CEO OFS menyambut baik hasrat SPCAAM yang disampaikan oleh Sdr J Solomon. Sememangnya, OFS sedia memberikan kerjasama yang baik dengan SPCAAM terutamanya berkenaan fungsi dan peranan OFS kepada pegawai-pegawai SPCAAM. Beliau juga berharap lawatan pada hari ini akan diteruskan dengan usahasama dan kerjasama yang lebih erat di masa akan datang.

Keseluruhannya, pertemuan ini amat memberikan signifikan yang baik dan membuahkan hasil kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam usaha memberikan perlindungan sosial yang wajar kepada semua masyarakat Malaysia Madani.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH JAMINAN MASA DEPAN KITA