29 Ogos 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

29 Ogos 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

*SPCAAM MEMBANTU 2 PENGAWAL KESELAMATAN YANG DIBUANG KERJA*

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh 2 orang yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Selangor. Pengaduan mereka telah disampaikan kepada Sdr Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM. Mereka telah memohon bantuan khidmat nasihat SPCAAM untuk mendapatkan keadilan setelah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengawal Keselamatan tanpa sebab yang munasabah walaupun tempoh kontrak perkhidmatan masih belum tamat.

SPCAAM melihat perkara ini sebagai satu pelanggaran kotrak perkhidmatan yang tidak adil kepada pekerja-pekerja tersebut. Hak sebagai pekerja dan perlindungan sosial yang wajar telah dinafikan oleh pihak majikan.

Sdr Nadarajan telah memberikan khidmat nasihat untuk mereka laporkan kepada pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor pada hari ini. Beliau turut membantu mereka menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menfailkan kes mereka termasuklah membantu mengisikan Borang P1 JPP bagi representasi pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kedua-dua mereka juga bersetuju untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM dan telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Sdr Nadarajan dan disaksikan oleh Sdr Sivatharan, Penasihat Buruh Sektor Kewangan SPCAAM.

*PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR PENTING BAGI SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA MADANI*