Ayuh! Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2023 ini

 

Ayuh! Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2023 ini

 

 

Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ada dalam diri rakyat tanpa mengira masa, malah tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Kemeriahan sambutan kemerdekaan boleh dizahirkan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan bajet masing-masing. Apa yang lebih utama, semangat cintakan negara dan perpaduan itu harus dipupuk kepada anak-anak sejak kecil.

Ia ibarat ‘melentur buluh biar sampai rebungnya.

SPCAAM menyeru kepada setiap warga Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan, malah lebih baik sekiranya dapat berbuat demikian sepanjang masa.

Jalur Gemilang adalah bendera yang amat kita banggakan sebagai seorang warganegara Malaysia. Ia menunjukkan simbol pengorbanan, kebebasan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Ianya juga merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara.

Oleh itu, sebagai rasa sayang kepada negara kita, ayuh kita semangatkan dengan mengebar bendera Jalur Gemilang bermula dari hari ini.

#Merdeka

#harikebangsaan

#jalurgemilang