25 Ogos 2023 – Lorong Belakang Jalan Padan Belia, Brickfields, KL

 

25 Ogos 2023 – Lorong Belakang Jalan Padan Belia, Brickfields, KL

 

 

*KEADAAN PARKIR MOTOSIKAL YANG MEMBAHAYAKAN PENGGUNA DAN TERHALANG*

Sikap pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas dan menyalahgunakan kemudahan awam adalah menjadi satu kesalahan yang boleh mengakibatkan pengguna dikenakan tindakan ataupun di sita oleh pihak DBKL dan juga pihak PDRM.

Sikap sebegini turut menghalang laluan orang ramai dan membahayakan pengguna jalan serta menganggu lalu lintas jika berlaku kecemasan. Sekaligus akan menjejaskan keselamatan dan perlindungan sosial yang wajar kepada masyarakat.

SPCAAM dalam tinjauannya pada hari ini ingin merayu kepada semua pengguna jalan raya terutamanya pemandu kereta diingatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan kenderaan (motosikal /kereta) diletakkan ditempat parkir sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu kemudahan awam yang disediakan.

SPCAAM juga ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan parkir kereta dan juga motosikal yang mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah kenderaan di sekitar Brickfields. Usaha ini amat diharapkan oleh semua masyarakat sekitar.

KESELAMATAN PENGGUNA DAN PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR ADALAH HAK SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA

#dbkl

#kebersihan

#keselamatan

#brickfields