24 Ogos 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

24 Ogos 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

PEKERJA DIBUANG KERJA KETIKA DALAM CUTI SAKIT – BANTUAN KHIDMAT NASIHAT OLEH SPCAAM

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh seorang pekerja dari sektor kewangan di Kuala Lumpur yang telah ditamatkan perkhidmatan ketika masih di dalam cuti sakit. Beliau telah hadir ke pejabat SPCAAM untuk mendapatkan bantuan.

Khidmat nasihat telah diberikan oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM yang turut dihadiri oleh Saudara Sivatharan, Penasihat Perburuhan SPCAAM (Sektor Perbankan) kepada pekerja tersebut. Setelah mendengar penjelasan dan merujuk kepada salinan dokumen yang ditunjukkan, kami telah menasihatkan pekerja tersebut untuk memfailkan kesnya di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk pemulihan kerja di pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Kuala Lumpur.

Setelah mendengar taklimat dan peranan SPCAAM di dalam perlindungan sosial, beliau tanpa berlengah lagi terus mengisi borang untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM. Semoga segala urusan beliau akan dipermudahkan selepas ini.

SERTAI SPCAAM HARI INI DEMI PERLINDUNGAN SOSIAL YANG LEBIH BAIK.