23 Ogos 2023 – Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

23 Ogos 2023 – Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

TNB SWITCH BOARD DIHALANG – JEJAS KESELAMATAN AWAM

Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan. Namum sikap ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam.

Namun, melalui tinjauan SPCAAM berkenaan isu perlindungan sosial di sekitar premis SPCAAM di Brickfields, kami dapati masih terdapat masyarakat yang kurang prihatin untuk mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Kita tidak mahu kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur ditelan arus pemodenan. Gambar yang menunjukkan tindakan menghalang kerja-kerja penyelenggaraan mahupun baik pulih sekiranya berlaku kecemasan adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin terhadap keselamatan bersama.

SPCAAM merayu kepada semua masyarakat untuk tidak hanya berpeluk tubuh dan membiarkan permasalahan ini menjadi semakin serius. Langkah-langkah untuk mengembalikan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat perlu segera dilaksanakan. Mari kita bersatu hati dan menanamkan sikap dan usaha yang murni demi hak perlindungan sosial dan keselamatan di dalam kehidupan kemasyarakatan kita.

Perlindungan sosial yang wajar adalah hak bersama untuk semua masyarakat.

#brickfields

#tenaganasionalberhad