11 Ogos 2023, Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

11 Ogos 2023, Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

MASYARAKAT ULANG SIKAP SUKA BUANG SAMPAH MERATA

Sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata terutamanya di kawasan ibukota adalah sesuatu yang amat memalukan. Dan, yang menjadi parah apabila, laluan “tactile” OKU Penglihatan turut dihalang dan menyebabkan kesukaran bagi pejalan kaki OKU Penglihatan di kawasan tersebut.

SPCAAM mengesa pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk membuat pemantaun yang kerap demi membasmi perkara ini. Begitu juga dengan masyarakat di sekitar kawasan tersebut yang perlu lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam memastikan kebersihan terjaga. Sekaligus, memastikan keselamatan pengguna laluan “tactile” oleh golongan OKU Penglihatan adalah selamat.

Usaha memupuk amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan awam adalah tanggungjawab bersama. Jadikan amalan ini sebagai langkah untuk suatu perlindungan sosial yang wajar kepada semua.

#dbkl

#jagakebersihan

#brickfields