9 Ogos 2023, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, Kuala Lumpur

 

9 Ogos 2023, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

LALUAN TACTILE OKU PENGLIHATAN ROSAK

Persekitaran fizikal bagi keperluan golongan OKU Penglihatan *termasuklah* penyediaan laluan “tactile” ini sangat diperlukan bagi memastikan golongan ini selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Di sekitar ibu kota, penggunaan laluan 'tactile' ini diperluaskan berdasarkan kepada fungsi utamanya bagi memandu golongan OKU Penglihatan. Namun, sekiranya laluan ini rosak ianya akan membebankan dan sekaligus keselamatan mereka akan tergugat.

SPCAAM memandang serius perkara ini dan menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk membaiki laluan “tactile” tersebut. Kita sebagai warga prihatin, haruslah sedar betapa pentingnya penggunaan 'tactile' ini kepada golongan kurang upaya penglihatan tersebut. Soal keselamatan diri adalah suatu perlindungan sosial yang tidak seharusnya dipandang remeh.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA.

#dbkl

#brickfields