8 Ogos 2023 – Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, Kuala Lumpur

 

8 Ogos 2023 – Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

PARKIR MOTOSIKAL DIHALANG

Tempat parkir adalah kemudahan awam dan ianya adalah kemudahan yang penting di sekitar lokasi kota yang sibuk. Amat menyedihkan apabila kemudahn tersebut dihalang oleh individu dan pemilik premis perniagaan yang tidak memperdulikan kemudahan bagi masyarakat awam.

Amalan ini bukan hanya mementingkan diri sendiri tetapi tidak adil serta me-nimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang ramai, Dengan meletakkan tong sampah dan membuang sampah seperti sisa makanan di parkir motosikal seperti ini sekaligus menyusahkan orang ramai dan menjejaskan kebersihan sekeliling.

Memandangkan jumlah motosikal semakin bertambah di kawasan tersebut, setiap ruang dan lot parkir amat diperlukan. Perbuatan menghalang di tempat parkir motosikal oleh pemilik premis perniagaan ini tidak boleh diterima. Ini jelas menafikan hak setiap pengguna motosikal yang mahu meletakkan motosikal mereka di tempat yang sepatutnya.

SPCAAM menyeru kepada semua pihak yang terbabit untuk lebih bertanggungjawab dan prihatin tentang kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa.

PERLINDUNGAN SOSIAL ADALAH HAK ASASI MANUSIA

#dbkl

#jagakebersihan

#brickfields