4 Ogos 2023 – Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

4 Ogos 2023 – Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

*LALUAN TACTILE OKU PENGLIHATAN TERHALANG*

Laluan Tactile disediakan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan untuk memudahkan dan menunjukkan arah buat mereka ke tempat yang ingin dituju. Namun, seringkali kita melihat kesukaran yang dihadapi oleh mereka apabila laluan tersebut terhalang.

Nampaknya kegunaan Laluan Tactile yang lazimnya dijumpai di tempat awam ini masih lagi belum diketahui ramai kerana masih terdapat lagi segelintir masyarakat yang sewenang-wenangnya meletakkan ‘halangan’ di atas laluan itu tanpa memikirkan fungsinya kepada individu yang memerlukan.

Apabila ini berlaku, apakah hak mereka dari segi perlindungan sosial dan jaminan keselamatan diri demi mengelakkan kemalangan berlaku?

SPCAAM menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan Laluan Tactile bagi OKU ini bebas halangan demi keselamatan diri dan perlindungan sosial yang baik dan terjamin.

PERLINDUNGAN SOSIAL YANG WAJAR ADALAH HAK ASASI MANUSIA.

#dbkl

#alamflora

#jagakebersihan

#okupenglihatan

#persatuanorangbuta