3 Ogos 2023, Brickfields, Kuala Lumpur

 

3 Ogos 2023, Brickfields, Kuala Lumpur

 

 

*BAHAYA BUANG SAMPAH SEMBARANGAN*

Sampah atau sisa, seperti sisa makanan, plastik dan kertas, hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Sebab kalau tak, sampah akan terkumpul sehingga mereput dan menular bau busuk. Longgokan sampah yang membusuk juga boleh mengundang lalat yang akan memberi kesan buruk kepada kesihatan badan.

Sampah-sampah yang bertimbun dan bertaburan di merata-rata terutamanya sisa makanan, biasanya akan mereput dan menjadi tempat pembiakan kuman. Bayangkan jika lalat atau lipas yang baru hinggap di atas timbunan sampah hinggap di atas makanan anda. Jelas sekali makanan anda tercemar dengan kuman dan anda bakal diserang pelbagai penyakit.

SPCAAM prihatin dengan masalah ini kerana jaminan kesihatan diri adalah juga suatu perlindungan sosial yang penting. Kami menyeru kepada semua pihak-pihak bertanggungjawab di sekitar kawasan tersebut untuk cakna dengan penjagaan kebersihan dan lakukan pembuangan sampah yang betul.

Pihak DBKL juga perlu menyediakan tong sampah yang sesuai dikawasan tersebut dan pengumpulan sisa pepejal berkala demi penjagaan kebersihan di ibu kota yang indah.

#dbkl

#kebersihan

#jagakebersihan