1 Ogos 2023, Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

1 Ogos 2023, Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

SPCAAM telah dihubungi oleh (ahli keluarga terdekat) yang berasal dari Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau telah memohon bantuan daripada SPCAAM untuk sama-sama mencari ahli keluarganya yang telah hilang sejak beberapa hari yang lalu.  
Orang yang hilang dan sedang dicari adalah Encik Emmanuael Kirubagaran, berusia dalam lingkungan 30an, bujang dan adalah seorang anak istimewa. SPCAAM memohon kepada orang ramai untuk sama-sama berusaha membantu keluarga Brother Edmund mencari orang yang hilang tersebut. 
Segala maklumat yang boleh membantu mencari, sila hubungi Brother Edmund di talian 011- 2085 0512.