20 Julai 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

20 Julai 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

KHIDMAT NASIHAT SPCAAM KEPADA PEKERJA DITERUSKAN.

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh salah seorang pekerja yang bekerja di sektor perkhidmatan kewangan pada pagi ini untuk mendapatkan khidmat nasihat. Beliau telah mendapatkan khidmat nasihat secara percuma daripada Pengarah Komunikasi SPCAAM, Sdra Zul Thye dan juga Penasihat Buruh Sektor Perbankan SPCAAM, Sdra Sivatharan.

Pekerja tersebut telah mendapatkan nasihat untuk tindakan seterusnya yang perlu dilakukan apabila kes penamatan perkhidmatannya telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor.

Penerangan berkenaan proses Seksyen 20 – Pemulihan Kerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan tindakan seterusnya telah disampaikan kepada beliau semasa lawatannya ke pejabat SPCAAM. Di akhir sesi penerangan, beliau telah bersetuju untuk menjadi ahli bersekutu SPCAAM.

Semoga segala urusan beliau akan terus dipermudahkan selepas ini. Hak Pelindungan Sosial adalah Hak Asasi Manusia.