SPCAAM anjur forum khas demi masa depan pekerja Malaysia selepas bersara

 

SPCAAM anjur forum khas demi masa depan pekerja Malaysia selepas bersara

 

 

PANDANGAN: Pada hari ini adakah rakyat Malaysia terutama golongan pekerja menikmati kehidupan yang lebih baik dan berkualiti selepas mereka bersara? Ini antara persoalan yang bermain dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

Persoalan itu menjadi semakin signifikan ketika kemerosotan simpanan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ketiadaan perlindungan pascapersaraan yang cukup dan peningkatan kos sara hidup dengan mendadak yang terus menjadi persoalan sejak kebelakangan ini.

Bagi mencari satu solusi yang holistik, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), yang dilancarkan pada tahun 2022 bagi memperjuangkan dan membela hak pekerja demi perlindungan sosial hak asasi manusia yang lebih baik, akan menganjurkan forum bertemakan “Adakah Rakyat Malaysia Mampu Untuk Menikmati Kehidupan Yang Baik Selepas Bersara” (“Are Malaysians Able To Live A Decent Life Afte Retirement?”) pada 12 Julai 2023 ini.

Program ini merupakan antara siri forum yang dianjurkan oleh SPCAAM sejak ia ditubuhkan. Ia akan berlangsung di NUBE House, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, Kuala Lumpur mulai pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Forum ini diadakan bagi mengupas keadaan semasa dan mengetengahkan syor dan saranan yang bernas kepada pihak berkuasa agar menyediakan perlindungan yang lebih baik kepada para pekerja.

Lebih 50 peratus daripada penduduk Malaysia merupakan pekerja yang memerlukan satu kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat mereka. Bukan sahaja ketika bekerja tetapi selepas bersara kelak, tidak kira pekerja sektor swasta mahupun awam.

Sehubungan dengan itu, forum ini akan menampilkan Pakar Ekonomi di Kementerian Ekonomi, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari yang akan menyampaikan ucaptama forum.

Forum juga akan mengetengahkan lima ahli panel yang terdiri daripada Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D’Angelus yang akan mengupas tajuk “Trends & Challenges Globally for the Aged & Retires Population”; Setiausaha Agung SPCAAM, A. Karuna makan engupas tajuk “Are Women in the Workforce Set Up to Retire & Live A Decent Life?”; Pengarah Sosioekonomi SPCAAM, Dr Zouhair Rosli akan menyentuh topik “Economic Implication of Sustaining An Ageing Population”; Ketua Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff yang akan menyentuh topik “The EPF Role in Ensuring Adequate Savings for Workers to Enjoy A Decent Post Retirement Life”; dan Pendokong Polisi The Rakyat, Emir Syazwan akan memberikan pandangan di bawah tajuk “Youth Employment & The Changing World of Work: How Would the Younger Generation Work Towards Building Savings for Their Retirement”.

SPCAAM berpandangan bahawa negara memerlukan satu mekanisme yang sesuai bagi memastikan akan ada perlindungan yang lebih baik kepada setiap rakyat selepas mereka bersara. Oleh itu, SPCAAM ini akan memberikan pencerahan yang mendalam situasi semasa dan keperluan jangka panjang demi kebajikan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Penyertaan forum ini adalah percuma dan terbuka kepada semua yang berminat. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah Komunikasi SPCAAM, Zul Thye di talian 014-7322665 atau e-mel spcaam_hq@spcaam.org.

A Karuna merupakan Setiausaha Agung Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM)