UITM Kampus Bandaraya Melaka

 

UITM Kampus Bandaraya Melaka

 

 

Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah menerima jemputan daripada Saudari Arinah wakil kepada pelajar-pelajar dari Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia UITM Kampus Bandaraya Melaka. Saudara Zul Thye telah dijemput sabagai penceramah untuk membentangkan peranan dan fungsi SPCAAM dan juga gerakan kesatuan sekerja di Malaysia. Program tersebut telah berjaya diadakan di Auditorium Arsyad Ayub UITM Kampus Bandaraya Melaka dari jam 2:30 petang hingga 5.15 petang. 33 pelajar dari kelas MBA2435A telah menghadiri program ini.

Saudara Zul Thye telah memberikan pembentangan tentang matlamat SPCAAM ditubuhkan dan pentingnya perlindungan sosial kepada semua warga pekerja di Malaysia. Segala aktiviti-aktiviti SPCAAM seperti membantu golongan pekerja dalam isu pekerjaan dan perlindungan sosial yang telah dijalankan turut dikongsi bersama. Di sebalik itu, pengalaman di dalam gerakan kesatuan sekerja dan penglibatan di dalam reformasi Akta-akta perburuhan negara turut dibentangkan. Di antaranya adalah berkenaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2022 yang mencadangkan pindaan untuk mewujudkan kepelbagaian kesatuan sekerja di satu tempat kerja dan kuasa lebar luas Ketua Pengarah yang ditentang oleh Gabungan Membantah Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU)

Di akhir program, sesi soal jawab telah diteruskan. Saudara Zul Thye telah memberikan penerangan dan penjelasan yang lebih khusus berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan. Pihak SPCAAM berharap agar semua pelajar-pelajar tersebut akan terus cemerlang di dalam pembelajaran mereka dan berjaya di dalam bidang yang diceburi. Semoga segala ilmu dan maklumat berkenaan Perlindungan Sosial sebagai Hak Asasi Manusia akan terus diperkembangkan lagi kepada semua masyarakat dan warga pekerja.