BADAN KEBAJIKAN PEKERJA MINTA TAMBAH BAIK UNDANG UNDANG DAN HAK PEKERJA

 

BADAN KEBAJIKAN PEKERJA MINTA TAMBAH BAIK UNDANG UNDANG DAN HAK PEKERJA

 

 

KUALA LUMPUR: Badan sosial dan kebajikan tenaga pekerja meminta kerajaan supaya melaksanakan penambahbaikan perundangan buruh di negara ini selepas pandemik COVID-19.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM),Callistus Antony D’Angelus, berkata apa yang perlu dilakukan dengan segera ialah pengenalan undang-undang yang akan menyediakan perlindungan sosial yang lebih berkesan dan holistik untuk rakyat.

“Ini termasuk insurans dan faedah pengangguran, perlindungan dan hak kesatuan sekerja yang lebih besar dan undang-undang yang lebih ketat yang mengawal pemberhentian pekerjaan.

“Mesti ada akibat serius bagi pengurusan kanan dan pengarah syarikat yang melanggar undang-undang buruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam, sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, dalam kenyataan berasingan, meminta kerajaan untuk mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh untuk menyemak dasar dan undang-undang perburuhan agar lebih sesuai dengan keperluan semasa selepas pandemik COVID-19.

“Negara memerlukan satu dasar perburuhan yang dapat memenuhi keperluan dan cabaran era pasca-COVID-19,” katanya sambil menambah kerajaan perlu mencari jalan menangani masalah kos sara hidup berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. – BERNAMA

https://suarasarawak.my/badan-kebajikan-pekerja-minta.../