17 April 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur *SPCAAM TERUS MEMBANTU PEKERJA-PEKERJA DALAM HAL PERLINDUNGAN SOSIAL*

 

17 April 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur *SPCAAM TERUS MEMBANTU PEKERJA-PEKERJA DALAM HAL PERLINDUNGAN SOSIAL*

 

 

Ibupejabat SPCAAM telah dihadiri oleh 2 orang pekerja tempatan dari sektor perkhidmatan perhotelan di Kuala Lumpur. Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah membantu memberikan khidmat nasihat kepada mereka berdua dan sekaligus mereka menjadi ahli SPCAAM pada hari ini.

Kehadiran mereka berdua adalah ingin mengetahui lebih lanjut apakah hak mereka sebagai pekerja dan apakah tindakan yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu di tempat kerja mereka. Isu utamanya adalah dipindahkan ke jabatan lain yang tidak ada kena mengena dengan kemahiran dan fungsi kerja mereka yang asal. Tidak ada latihan dan penerangan khusus diberikan kepada mereka. Segala tugasan baru yang diberikan adalah di luar kemampuan dan kemahiran pekerja-pekerja tersebut. Ini jelas suatu keadaan diskriminasi kerja yang berlaku dan tidak mematuhi kepada Seksyen 69F – Diskriminasi di dalam pekerjaan di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Pihak SPCAAM telah membantu pekerja untuk menulis surat bantahan kepada pihak Syarikat tersebut dan semoga pihak Syarikat akan memperbetulkan perkara ini dengan kadar segera. Sememangnya, adalah menjadi objektif SPCAAM untuk menjadi wakil kepada ahlinya bagi perlindungan sosial yang adil dengan semua agensi dan juga majikan. Perlindungan Sosial adalah Hak Asasi Manusia.