ISU PENGELUARAN KWSP-"UMPAMA TENDANG TIN KE JALAN RAYA"

 

ISU PENGELUARAN KWSP-"UMPAMA TENDANG TIN KE JALAN RAYA"

 

 

SHAH ALAM - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menasihati mana-mana pihak agar berhenti menyalahgunakan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Presiden Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), S Nadarajan berkata, ini kerana KWSP merupakan dana perlindungan sosial yang ditubuhkan sebagai mekanisme simpanan untuk dimanfaatkan selepas bersara.

Jelasnya, ia bertujuan supaya pekerja berdikari dari segi ekonomi semasa persaraan mereka bagi mengelak kesan sosioekonomi yang buruk.

"Apakah yang akan berlaku kepada individu setelah bersara kelak apabila mengeluarkan wang KWSP mereka?

"Beban akan menimpa keluarga dan negara, ia umpama situasi menendang tin ke jalan raya," jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ahli-ahli politik pula bertindak seolah-olah mereka memihak kepada rakyat, namun tidak berbuat apa-apa sehinggakan telah menimbulkan isu ekonomi yang serius dalam kalangan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut katanya, terdapat banyak keputusan dasar yang boleh diambil kerajaan untuk menangani isu ekonomi B40 dan M40.

Antaranya beliau berkata termasuklah penetapan gaji sara hidup mandatori, memastikan hak perlindungan kesatuan sekerja yang mencukupi dan sebagainya

https://www.sinarharian.com.my/.../isu-pengeluaran-kwsp...