29 Mac 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur SPCAAM TERUS MENAMBAH KEAHLIAN BARU!

 

29 Mac 2023 – Ibupejabat SPCAAM, Kuala Lumpur SPCAAM TERUS MENAMBAH KEAHLIAN BARU!

 

 

SPCAAM telah menerima lawatan kerja dari delegasi Cement Industries Employees Union (CIEU) yang diketuai oleh Presiden CIEU, Sdra A. Ganesan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai tertinggi CIEU iaitu, Sdra Thamotharan Palansamy, Setiausaha Agung, Sdra Nordin Bin Othman, Bendahari Agung, Sdra Azahari bin Osman, Penolong Setiausaha Agung, S. Chewadurai, Timbalan Presiden dan Sdra Muhamad Hasbil bin Idris, Setiausaha Cawangan CIMA Perlis.

Menerima kedatangan lawatan mereka adalah Sdra J Solomon, Presiden SPCAM, Sdra S Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM dan Sdra Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM. Sdra J Solomon mengalu-alukan kedatangan mereka pada hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada delegasi ini kerana sebahagian daripada pegawai-pegawai CIEU ini datangnya dari negeri Perlis yang sanggup hadir dari jauh.

Perbincangan berkenaan dengan situasi tadbir urus kesatuan masing-masing telah disampaikan antara satu sama lain. Kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan pendapat tentang beberapa perkara yang melibatkan pengurusan kesatuan sekerja untuk lebih efektif dan progresif. Sdra Zul Thye selaku Pengarah Komunikasi SPCAAM sempat menerangkan kepada semua yang hadir tentang matlamat dan fungsi SPCAAM. Aktiviti-aktiviti SPCAAM yang terkini seperti pengurusan kes pekerja di dalam Perhubungan Perusahaan dan penerangan berkenaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 kepada ahli-ahli SPCAAM turut diperjelaskan.

Diakhir sesi pertemuan, kesemua delegasi pegawai-pegawai CIEU telah mengisi borang keahlian SPCAAM dan menyerahkan kepada Sdra S Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM. SPCAAM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada CIEU dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka dalam perkara melibatkan perlindungan sosial. Perlindungan Sosial adalah Hak Asasi Manusia.