20 Mac 2023, Putrajaya

 

20 Mac 2023, Putrajaya

 

 

SPCAAM yang diwakili oleh Pengarah Komunikasinya, Sdra Zul Thye telah dijemput untuk menyampaikan penerangan berkenaan SPCAAM kepada hampir 150 ahli kesatuan NUBE dari cawangan KLSP.

Turut hadir adalah Presiden SPCAAM iaitu Sdra J Solomon merangkap Setiausaha Agung NUBE, Sdri A Karuna, Setiausaha Agung SPCAAM, Sdra A Divid, Timbalan Setiausaha Agung SPCAAM, Sdra Mike Tan, Sdra Chee YC dan Sdra Abdul Jamil selaku AJK SPCAAM.

Sdra Zul Thye telah menerangkan matlamat dan peranan SPCAAM ditubuhkan dan bagaimana SPCAAM dapat memainkan peranan membantu semua golongan pekerja di Malaysia. Adalah amat penting kepada semua golongan pekerja di Malaysia menyedari bahawa perlindungan sosial adalah hak asasi manusia juga.

Sdra Razi, Presiden EIEUNR, telah sempat menyampaikan borang keahlian SPCAAM sebanyak 41 keahlian yang baru kepada Sdri A Karuna di akhir sesi taklimat tadi. Sdra Razi juga telah memaklumkan bahawa, EIEUNR akan berusaha untuk mencapai target 1000 keahlian baru dalam masa terdekat ini.