11.3.2023 Puteri Bay Hotel, Melaka SESI TAKLIMAT PERANAN SPCAAM DAN AKTA KERJA 1955(PINDAAN) 2022

 

11.3.2023 Puteri Bay Hotel, Melaka SESI TAKLIMAT PERANAN SPCAAM DAN AKTA KERJA 1955(PINDAAN) 2022

 

 

SPCAAM yang telah diwakili oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM telah memenuhi jemputan oleh Kesatuan Staf Eksekutif Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSEIEWSSM) bagi memberikan taklimat berkenaan peranan SPCAAM dan juga penerangan Akta Kerja 1955(Pindaan) 2022. KSEIEWSSM yang diketuai oleh Saudara Azemih, Presiden dan Saudara Norazwan,Setiausaha Agung bersama dengan hampir 35 ahli KSEIEWSSM telah hadir dalam sesi tersebut.

Saudara Zul Thye telah menerangkan bahawa, SPCAAM adalah sebuah organisasi yang bukan berasaskan kepada keuntungan yang memperjuangkan promosi dan pembelaan hak pekerja untuk perlindungan sosial, hak asasi manusia.

Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko dan kelemahan sosial dan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan kekurangan dalam semua kalangan warga pekerja di Malaysia. Borang keahlian SPCAAM telah diedarkan kepada semua yang hadir dan sebahagiannya tanpa berlengah lagi terus mengisi borang keahlian SPCAAM untuk menjadi ahli.

Seterusnya, penerangan berkenaan Akta Kerja 1955(Pindaan) 2022 telah disampaikan dengan terperinci.

Semua yang hadir telah memberikan respon yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada Saudara Zul Thye atas perkongsian ilmu yang penting bagi menambah baik tadbir urus mereka dalam memastikan gerakan kesatuan sekerja ke arah yang lebih progresif.