9 Mac 2023, Pejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

9 Mac 2023, Pejabat SPCAAM, Kuala Lumpur

 

 

Pejabat SPCAAM pada hari ini telah dikunjungi oleh seorang pekerja wanita tempatan yang telah ditamatkan perkhidmatan 24 jam tanpa notis. Dengan hanya dimaklumkan melalui pesanan mesej di dalam whatsapp, pekerja telah begitu mudah ditamatkan perkhidmatan.Pekerja tersebut bekerja sebagai seorang Promoter di salah sebuah Gedung Pakaian di Selangor.

Bantuan khidmat nasihat daripada Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM dan dibantu bersama oleh Saudara Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM telah diberikan kepada pekerja tersebut. Kes akan difailkan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor untuk pemulihan kerja. Pekerja tersebut telah mengisi borang SPCAAM dan terus menjadi ahli SPCAAM.