3 Mac 2023 Kuala Lumpur

 

3 Mac 2023 Kuala Lumpur

 

 

Pejabat SPCAAM telah dikunjungi oleh 2 orang pekerja tempatan untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pembuangan kerja yang tidak adil dan pembayaran kerja lebih masa yang tidak dibayar.  Mereka telah dibantu oleh Saudara Zul Thye, Pengarah Komunikasi SPCAAM bersama dengan Saudara Nadarajan, Timbalam Presiden SPCAAM.

Mereka berdua bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kuala Lumpur yang telah ditamatkan perkhidmatan dengan tidak adil. Malah, bayaran kerja lebih masa yang dijalankan juga tidak dibayar mengikut peruntukan Akta Kerja 1955. SPCAAM yakin, kes sebegini banyak  berlaku sehingga kini. 

Kami telah memberikan nasihat dan cara - cara yang sepatutnya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua. SPCAAM menyeru kepada semua warga pekerja di luar sana untuk tampil membuat aduan sekiranya berlaku salahlaku majikan terhadap pekerja.
Hak Pekerja adalah Hak Asasi Manusia.