Malaysia menuju ke arah krisis buruh dan penuaan

 

Malaysia menuju ke arah krisis buruh dan penuaan

 

 

PENDEDAHAN mengejutkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa 71% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan berpunca daripada beberapa siri kesilapan dasar oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini.

Semasa krisis Covid, pentadbiran terdahulu telah membenarkan pengeluaran KWSP, sekali gus mewujudkan satu contoh yang berbahaya.

Malaysia adalah sebuah negara yang diberkati dengan kekayaan dalam pelbagai sudut. Perniagaan-perniagaan besar telah mendapat manfaat yang besar dengan mengeksploitasi sumber Malaysia, khususnya tenaga kerja.