KSM kaji semula kaedah PERKESO tolak permohonan pampasan

 

KSM kaji semula kaedah PERKESO tolak permohonan pampasan

 

 

BATU GAJAH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan meneliti semula kaedah yang diguna pakai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ketika ini bagi mengatasi isu permohonan pampasan pencarum yang ditolak.

Menterinya, V Sivakumar, berkata PERKESO akan bayar apa jua pampasan berdasarkan peraturan dan perundangan sedia ada iaitu melalui Jemaah Doktor dan Jemaah Rayuan.

Katanya, beliau akan berbincang dengan agensi berkenaan bagi membolehkan pemberian pampasan kepada pencarum dipermudahkan.

"Buat masa ini, tertakluk kepada undang-undang sedia ada. Apa juga bayaran PERKESO adalah berdasarkan Jemaah Doktor dan Jemaah Rayuan.