25.2.2023 NUBE House, Kuala Lumpur

 

25.2.2023 NUBE House, Kuala Lumpur

 

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 SPCAAM

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-2 SPCAAM telah berjaya dijalankan dengan kehadiran ahli-ahli SPCAAM yang cukup korumnya bersama barisan kepimpinan tertinggi SPCAAM jelas membuktikan komitmen dan kesungguhan setiap ahli dalam menjayakan AGM kali ke-2 ini. Turut hadir ialah Dr Zouhair Rosli, Pengarah Unit Sosio Ekonomi SPCAAM.

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa bagi melancarkan majlis oleh Saudara Faisal Hussein, salah seorang ahli SPCAAM. Saudara J Solomon, Presiden SPCAAM mengalu-alukan kehadiran semua sebagai pembuka bicara dan seterusnya merujuk kepada agenda mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua ahli SPCAAM.Sdra J Solomon telah menerangkan gerak kerja semasa SPCAAM dan juga perancangan aktiviti SPCAAM akan datang.

Seterusnya, Saudara Zul Thye,Pengarah Unit Komunikasi SPCAAM telah memberikan pembentangan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti lawatan ziarah kasih kebajikan, penerangan berkenaan Akta Perburuhan Negara dan juga berkongsi pengalaman semasa merekrut ahli-ahli baru SPCAAM. Sekalung tahniah diberikan kepada Saudara Nadarajan, Timbalan Presiden SPCAAM kerana begitu aktif dalam merekrut ahli-ahli baru SPCAAM.

Saudara Chee YC, Setiausaha Kewangan SPCAAM telah membentangkan status laporan kewangan SPCAAM yang berakhir pada Disember 2022. Keahlian SPCAAM setakat hari ini telah mencapai hampir 500 keahlian. Usaha untuk merekrut ahli baru akan terus dipertingkatkan lagi.

Dr Zouhair Rosli,Pengarah Unit Sosio Ekonomi SPCAAM telah memberikan pandangan dan ulasan berkenaan pembentangan Budget 2023 yang diumumkan oleh YAB PM merangkap Menteri Kewangan Malaysia semalam. Semoga pandangan yang diberikan akan dijadikan panduan kepada yang hadir dalam tadbir urus kesatuan sekerja masing-masing.

Sebelum berakhirnya AGM kali ke-2 ini, perasmian pelancaran laman web SPCAAM di https://www.spcaam.org dan Facebook SPCAAM di https://facebook.com/SPCAAM telah dilancarkan dengan rasminya. Begitu juga dengan perasmian pejabat SPCAAM yang telah mula beroperasi di tingkat bawah bangunan NUBE House.

AGM kali ke-2 SPCAAM telah berakhir dengan jayanya dan kami akan terus komited untuk menjadi pemudahcara bagi semua golongan pekerja dan masyarakat umum dalam memberikan nasihat perlindungan sosial kepada semua warga pekerja di Malaysia.

Perlindungan sosial adalah hak asasi manusia.