27 Januari 2023 – Puchong, Selangor

 

27 Januari 2023 – Puchong, Selangor

 

 

LAWATAN ZIARAH KASIH KEBAJIKAN KE RUMAH AHLI SPCAAM

SPCAAM yang diwakili oleh Saudara Zul Thye dan juga Saudara Mohd Zulhijjah telah melakukan lawatan ke rumah ahli SPCAAM yang mempunyai masalah kesihatan. Beliau adalah Saudara K. Paul yang menetap di Puchong, Selangor. Saudara K. Paul berusia 67 tahun dan mengalami sakit buah pinggang setelah mengidapi penyakit kencing manis sejak beberapa tahun yang lepas. Beliau telah menjalani proses AV Vistula (AVF) iaitu membuat tapak di lengannya untuk menjalankan proses rawatan dialysis.

Beliau tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai mata pencarian sejak berhenti kerja sebagai juruteknik di Maxis Telecomunications Sdn Bhd pada Julai 2022. Mempunyai seorang isteri yang berusia 65 tahun dan seorang anak lelaki yang kelainan upaya.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum tindakan yang seterusnya diambil. Sepertimana tujuan dan matlamat penubuhan SPCAAM, Pihak SPCAAM akan berusaha untuk membantu Saudara K. Paul dalam memastikan kebajikan keluarga tersebut dapat dibantu dengan baik sekaligus cuba untuk meringankan beban mereka.

Perkara ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang mendalam dan memerlukan tindakan yang baik daripada pihak Kerajaan. Setelah berdekad lamanya menyumbang kepada caruman PERKESO semasa tempoh perkhidmatannya tetapi tidak mendapat faedah perubatan yang amat diperlukan pada saat ini selepas beliau bersara. Kita semua sedia maklum, Malaysia sedang menuju ke arah negara menua pada 2030 dengan 15 peratus daripada penduduknya berusia 60 tahun ke atas dan ramai berpenyakit. Maka, anjakan perubahan dari segi sistem perlindungan sosial bagi menangani situasi ini amat diperlukan.

Kami di SPCAAM berharap, orang ramai yang membaca artikel ini akan bermurah hati untuk bersama-sama membantu Saudara K. Paul bagi menjalani kehidupan yang bahagia bersama keluarganya sebagai insan warga emas yang memerlukan bantuan.

Segala bentuk bantuan yang ingin disalurkan, sila hubungi Saudara Zul Thye-Pengarah Perlindungan Sosial SPCAAM di talian 014-7322665 atau Puan Sandanamary Anthony isteri kepada Saudara K. Paul di talian 012-3014276

Terima Kasih

ZUL THYE

PENGARAH PERLINDUNGAN SOSIAL SPCAAM