SPCAAM cadang bayaran khas perayaan ringankan beban pekerja

 

SPCAAM cadang bayaran khas perayaan ringankan beban pekerja

 

 

SPCAAM cadang bayaran khas perayaan ringankan beban pekerja NURFARDLINA IZZATI MOKTAR 16 Januari 2023 SHAH ALAM - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan bayaran khas perayaan kepada pekerja bagi meringankan kos sara hidup. Presidennya, Bro J Solomon berkata, pihaknya yakin langkah itu dapat membantu mengurangkan kesan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh pekerja pada setiap kali perayaan. "Kita berpandangan bahawa beberapa strategi, tindakan dan pendekatan perlu diambil oleh kerajaan dan majikan untuk membantu pekerja diberikan elaun kos sara hidup yang munasabah bagi menangani kenaikan kos secara drastik. "Salah satu cara yang dimaksudkan adalah dengan mengagihkan bayaran khas sambutan perayaan sebulan gaji kepada setiap pekerja semasa perayaan besar disambut di Malaysia." Sudah tiba masanya untuk majikan mempertimbangkan keperluan itu di mana imbuhan khas tersebut boleh diagihkan kepada setiap pekerja semasa perayaan besar Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa majikan dan kerajaan membuat bayaran peruntukan khas sekali setahun namun sesetengah majikan lain memperuntukkan pinjaman atau pendahuluan yang perlu dibayar secara ansuran. "Ini tidak menyelesaikan masalah. Rukun Negara bukan sahaja harus berpegang kepada prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dan menyediakan tempat ibadat dan pendidikan. "Tetapi pihak berkuasa perlu memastikan rakyat dan keluarga mereka menyambut perayaan keagamaan dengan penuh bermakna tanpa dibebani dengan beban pinjaman," ujarnya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/240815/berita/nasional/spcaam-cadang-bayaran-khas-perayaan-ringankan-beban-pekerja