11.1.2023 PENGLIBATAN CAMU DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN KHAS TADBIR URUS, INTERGRITI DAN ANTIRASUH BIL.1 TAHUN 2023

 

11.1.2023 PENGLIBATAN CAMU DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN KHAS TADBIR URUS, INTERGRITI DAN ANTIRASUH BIL.1 TAHUN 2023

 

 

11.1.2023

PENGLIBATAN CAMU DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA

PILIHAN KHAS TADBIR URUS, INTERGRITI DAN ANTIRASUH BIL.1

TAHUN 2023

CAMU yang diwakili oleh Saudara Rudy Rusly, Pengerusi CAMU, Saudara J Solomon, Sekretariat CAMU dan juga Saudara Zul Thye telah hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti Dan Antirasuah Bil.1 Tahun 2023 yang telah diadakan pada hari ini, 11 Januari 2023 di bilik Jawatankuasa Aras 2, Blok Utama,

Parlimen Malaysia.

Pihak Dewan Negara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sebagai Pengerusi Mesyuarat, Yang Berhormat Senator Datuk John Ambrose, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan dan Yang Berhormat Senator Dato’ Arman Azha Abu Hanifah.

Turut hadir di dalam mesyuarat

tersebut adalah Ketua Pengarah JHEKS Malaysia, Encik Kamal bin Pardi bersama pegawai-pegawai tinggi JHEKS dan juga Encik Maniam Arumugam, Timbalan Ketua Setiausaha (D&AB) Kementerian Sumber Manusia.Wakil LLRC yang hadir adalah Saudara Andrew Lo & Saudara Rajasekaran.

Mesyuarat ini bertujuan bagi meneliti RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-14 serta mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada Kesatuan Sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan mengenai RUU tersebut.

CAMU telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi membentangkan cadangan

dan maklumbalas berhubung RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Intergriti dan Antirasuah. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi CAMU, iaitu Saudara Rudy Rusly. Pembentangan CAMU lebih memberikan tumpuan kepada bantahan terhadap bahagian yang memudahkan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dan pindaan melebar luaskan kuasa Ketua Pengarah yang perlu dimansuhkan.

Aktiviti-aktiviti CAMU sepanjang 2022 turut dibentangkan dan ini telah menarik perhatian ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Penjelasan berkenaan ILO Convention 87 – Freedom of Association & Protection of the Right to Organize dan ILO Convention 144 – Tripartite Consultation berkaitan dengan RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 telah disampaikan oleh Saudara Rudy Rusly juga.

Di akhir pembentangan tersebut,

Saudara Rudy Rusly telah menegaskan kepada semua penggubal Undang-Undang untuk

menyelamatkan warga pekerja & kesatuan sekerja di Malaysia dengan Dewan Negara merujuk semula RUU tersebut ke Dewan Rakyat untuk kajian semula.

Gerakan Kesatuan

Sekerja perlulah ke arah yang progresif dan bukannya regresif. Saudara Rudy Rusly juga menekankan bahawa, Kepelbagaian Kesatuan Sekerja sudah tentu menggugat perpaduan di kalangan warga pekerja Malaysia yang sepatutnya tidak boleh berlaku.

Wakil LLRC yang hadir, Saudara Rajasekaran telah memaklumkan kepada semua ahli-ahli mesyuarat bahawa, LLRC menyokong RUU Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 ini sepertimana yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2022 yang lalu. Saudara Andrew Lo turut menyatakan bahawa LLRC menyambut baik kelulusan tersebut dan mahu ianya dilaksanakan segera.

Beberapa YB Senator yang hadir turut memberikan pandangan yang memerlukan kajian yang menyeluruh daripada pihak Kementerian Sumber Manusia sendiri setelah mendengar pembentangan yang telah disampaikan terutamanya pembentangan daripada pihak CAMU. Pengerusi mesyuarat, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menyatakan bahawa, perbincangan lanjutan akan diadakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut bagi meneliti secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan seterusnya.

Pihak CAMU ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana memberikan peluang

kepada CAMU untuk membentangkan penerangan berkenaan implikasi negatif yang akan berlaku sekiranya RUU ini terus dilaksanakan. Demi Kesejahteraan & Perpaduan Rakyat Malaysia, CAMU terus berharap dan memohon kepada pengubal Undang-Undang untuk

mengkaji semula RUU ini dengan merujuk kembali kepada Dewan Rakyat.