PELANCARAN PERSATUAN KHIDMAT NASIHAT PENCARUM PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (SPCAAM)

 

PELANCARAN PERSATUAN KHIDMAT NASIHAT PENCARUM PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (SPCAAM)

 

 

Hak untuk akses kepada perlindungan sosial merupakan satu komponen utama hak asasi manusia. Ia adalah penting untuk menjamin kehidupan yang bermaruah dan berkualiti sepanjang masa.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia atau nama singkatnya SPCAAM, yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan menyeluruh dan meliputi semua sektor kehidupan rakyat Malaysia, khususnya golongan pekerja telah dilancarkan pada 1 Mei lalu.

Majlis pelancaran diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 2022.

SPCAAM akan bertindak sebagai pemudah cara dalam membantu orang ramai, termasuk para pekerja, tidak kira jawatan, kedudukan, dan negara asal. SPCAAM akan menjadi badan penasihat perlindungan sosial yang berkesan untuk semua yang menetap di Malaysia.

Ikuti klip video yang memaparkan matlamat penubuhan dan keperluan perlindungan sosial yang holistik.