PARTI BURUH INDONESIA BERJUMPA DENGAN SPCAAM

 

PARTI BURUH INDONESIA BERJUMPA DENGAN SPCAAM

 

 

Jakarta 1 Oktober 2022 - Social Protection Contributors Advisory Association Malaysia yang diwakili oleh Presidennya sendiri Sdr J Solomon bersama-sama Sdr Abdul Jamil telah diberi penghormatan jemputan khas untuk bertemu Presiden Parti Buruh Indonesia bersempena dengan siri lawatan mereka ke Jakarta tempoh hari.

Presiden parti Tuan Said Iqbal yang lebih dikenali sebagai Bapak Iqbal telah menerima kunjungan itu dengan tangan dan hati yang terbuka untuk mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara dua negara serumpun ini. Perjumpaan ini juga telah membuktikan semangat solidariti antara kaum buruh di Indonesia kepada kaum pekerja di Malaysia adalah dilandasan dan matlamat perjuangan yang sama.

Kunjungan hormat ini termeterai hasil dari hubangan baik antara Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia dan SPCAAM. Presiden Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) Andi Gani Nena Wea yang juga merupakan presiden yang telah memimpin sebuah kesatuan yang terbesar di negara Indonesia ini menjadi titik permulaan kunjungan hormat tersebut. Kunjungan ini juga telah diturut serta oleh Pak Hermanto & Pak Idris Palar yang juga merupakan sahabat baik SPCAAM.

Dalam satu hati, Pendapat dan perjuangan yang sama di antara Kesatuan dan Parti buruh adalah sejajar dan sama ini adalah bukti solidariti kerana merasakan kaum Buruh yang bebas, radikal dan progresif hanya memerlukan landasan sebenar untuk berada dilapangan perjuangan.