30 Sept 2022 Jakarta

 

30 Sept 2022 Jakarta

 

 

30 Sept 2022 Jakarta - Persatuan Penasihat Penyumbang Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) dan Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) terbesar telah menandatangani MOU yang bersejarah pada 30 September 2022. MOU tersebut telah ditandatangani oleh Presiden SPCAAM Bro J Solomon dan Presiden KSPSI Bro Andi Gani Nena Wea.

Kedua-dua organisasi mengesahkan komitmen mereka untuk memperdalamkan dari aspek berkongsi atau bertukar pendapat serta kerjasama dan bersetuju bahawa mereka harus memberi tumpuan kepada perkara berikut:

1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama untuk melindungi hak pekerja asing Indonesia melalui mempromosikan akses pekerja asing dari segi maklumat, termasuk akses kepada perkhidmatan sokongan di Indonesia dan Malaysia.

2. KSPSI dan SPCAAM akan berkongsi maklumat terkini tentang isu-isu yang dihadapi oleh pekerja asing Indonesia yang bekerja di Malaysia, serta undang-undang dan dasar Malaysia dan Indonesia.

3. KSPSI dan SPCAAM akan mencalonkan kakitangan untuk menyertai penyebaran maklumat dan memastikan mereka diambil sebagai Ahli Kesatuan dan memberi kaunseling untuk pekerja asing mengenai hak mereka.

4. KSPSI dan SPCAAM akan mengadakan mesyuarat tahunan pertama pada bulan Januari untuk melancarkan pelan tindakan.

5. KSPSI dan SPCAAM akan menyelaraskan penyediaan maklumat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di kedua-dua negara, untuk memastikan agensi pengambilan dan majikan kepada kedua-duanya perlu bertanggungjawab jika terdapat pelanggaran hak pekerja asing;

6. Mengekalkan Program Pertukaran dalam lawatan kepimpinan tertinggi untuk meningkatkan perlindungan sosial bagi pekerja asing Indonesia.