KEADILAN GAJI

 

KEADILAN GAJI

 

 

Kami sedar sepenuhnya bahawa populasi majikan yang lebih besar, di peringkat global memperoleh keuntungan yang besar. 

Di tanah air, di dalam Industri Kewangan, keuntungan majikan kita telah meningkat sehingga ke tahap keuntungan bukan sahaja berjuta-juta, tetapi kini berbilion-bilion.

ITUC atau Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa telah mendedikasikan Hari Kerja Bermaruah (Decent Work) Sedunia tahun ini, 7 Oktober 2022, kepada berjuta-juta pekerja di seluruh dunia yang mencari KEADILAN GAJI. 

Kami adalah sebahagian daripada berjuta-juta pekerja yang sedang mencari KEADILAN GAJI.

Sila ikuti Social Media, NUBE Malaysia untuk maklumat berkenaan Kempen KEADILAN GAJI.