FORUM RUU KESATUAN SEKERJA 1959

 

FORUM RUU KESATUAN SEKERJA 1959

 

 

Saudara-saudari yang dihormati

Sejak dua bulan lalu, Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) telah bekerja keras untuk memastikan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan 2022) tidak dibentangkan tanpa diadakan perbincangan dan dialog dengan kesatuan sekerja.

Akhirnya bacaan kali kedua semasa sidang Dewan Rakyat Julai-Ogos lalu telah ditangguhkan, dan hasrat CAMU menjadi kenyataan atas sokongan padu setiap anggota CAMU.

Pun begitu perjuangan CAMU agar peruntukan "kepelbagaian kesatuan sekerja" digugurkan belum berakhir lagi. Meskipun bacaan kali kedua telah ditangguhkan, kemungkinan ia akan dibawa ketika sidang Parlimen Oktober-Disember 2022 ini.

CAMU telah menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Sumber Manusia dan kesemua parti politik. Bagaimanapun yang mengadakan pertemuan dengan CAMU setakat ini hanyalah PKR, DAP dan AMANAH.

CAMU berharap parti-parti politik lain yang terlalu sibuk akan berjumpa dengan CAMU supaya mereka memahami kebimbangan CAMU yang mewakili lebih 40 kesatuan sekerja yang telah membuat bantahan terhadap aspek "kepelbagaian kesatuan sekerja" dalam RUU. Kita mahu bertemu dengan parti-parti politik kerana mereka adalah penggubal undang-undang dan kita mahu memastikan mereka memahami bahawa RUU akan memusnahkan hak pekerja.

Oleh itu, CAMU mahu kesemua kesatuan gabungan terus memperlihatkan solidariti dan terus menyokong usaha membantah RUU ini.

Maka, CAMU memutuskan untuk mengadakan program khas, iaitu FORUM RUU KESATUAN SEKERJA 1959, pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)

Masa: 10 pagi-12.30 tengah hari

Tempat: NUBE House Brickfields, Kuala Lumpur

CAMU mahu setiap anggota gabungan hadir sama dengan menghantar wakil masing-masing bagi memastikan perjuangan CAMU tercapai sehingga ke akhir.


SATU SUARA SATU PERJUANGAN


SDR RUDY RUSLY
PENGERUSI CAMU