SPCAAM DILANCARKAN

 

SPCAAM DILANCARKAN

 

 

Sempena Hari Pekerja 2022, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), yang ditubuhkan untuk membela rakyat Malaysia termasuk golongan pekerja dan pekerja asing di Malaysia daripada segi perlindungan sosial, telah dilancarkan hari ini.

Majlis pelancaran yang bertemakan “Perlindungan Sosial Adalah Hak Asasi Manusia” telah disempurnakan oleh Tuan Syed Shahir Syed Mohamud, mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia, yang kini merupakan Pengerusi Institut Pemberdayaan Pekerja Selangor (IPPS). Majlis berlangsung di Dewan Gomez, Tingkat 1, NUBE House, Brickfields, Kuala Lumpur.