350 ahli NUBE berpiket tuntut henti langgar hak pekerja

 

350 ahli NUBE berpiket tuntut henti langgar hak pekerja

 

 

KOTA BHARU — Lebih 350 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (N UBE) di HSBC Bank menyertai Piket hari ini bagi mendesak syarikat perbankan menghentikan pelanggaran hak asasi terutama membabitkan pekerja berpendapatan rendah yang terdiri daripada golongan 840 dan M40.

Piket yang bermula seawal pukul 9 pagi di hadapan Bank HSBC Kota Bharu itu disertai pelbagai peringkat usia dan berlangsung secara aman dengan kawalan 'alu lintas yang lancar oleh pihak polis. 

Setiausaha Kehormat NUBE Cawangan Kelantan-Terengganu, Wan Mohd. Affendi Husin berkata, Piket berkenaan dilakukan selepas 300 pertikaian industri yang difailkan sejak tiga tahun lalu tidak diendahkan pihak pengurusan bank tersebut sehingga kini. 

Menurutnya, pertikaian industri dikenal pasti antaranya enggan menghormati undang-undang buruh Malaysia termasuk peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan menghina pekerja beragama Islam selain menafikan hak kenaikan gaji tahunan kepada pekerja yang sudah mencapai had maksimum tanpa mengira sumbangan dan produktiviti yang akhirnya menjejaskan gaji menjelang usia persaraan.

" Kita mahu kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak perbankan yang menganiaya pekerja dan enggan menyelesaikan aduan dan masalah berbangkit. 

"Tindakan berpiket ini sebenarnya atas dasar ingin menuntut pembelaan. Ini merupakan fasa keempat melibatkan ahli NUBE yang berkumpul ekoran pihak atasan HSBC Bank masih enggan mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Affendi berkata, tindakan berpiket itu diharap mendapat perhatian pihak pengurusan tertinggi perbankan tersebut dan tidak teragak-agak untuk melancarkan Piket secara menyeluruh di seluruh negara sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan. 

Sebelum ini, NUBE telah membawa 300 rungutan dan pertikaian industri yang telah wujud sejak tiga tahun yang lalu di HSBC Bank Malaysia.