'Rakyat perlu tahu terma MoU pembantu rumah Indonesia'

 

'Rakyat perlu tahu terma MoU pembantu rumah Indonesia'

 

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mendedahkan terma memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia kerana ia membabitkan kepentingan awam selain memberi kesan kepada rakyat di negara ini.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D Angelus, berkata seharusnya tiada apa yang perlu disembunyikan atau dirahsiakan dalam MoU sedemikian dan orang ramai berhak mengetahuinya.

Beliau berkata ini kerana kenyataan sedemikian oleh pegawai awam negara jiran, jika tidak disangkal atau diperjelaskan adalah sesuatu yang memalukan negara.

"Kenyataan Duta Besar Indonesia Ke Malaysia, Hermono yang mendakwa Malaysia gagal mematuhi MoU antara kedua-dua negara membabitkan pembantu rumah Indonesia harus ditangani secara telus oleh kerajaan.

"Indonesia sejak itu bertindak mengeluarkan perintah pembekuan sementara ke atas semua pekerjanya yang memasuki Malaysia, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan majikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Callistus berkata, majikan juga sepatutnya lebih prihatin berkenaan isu pembayaran gaji selama beberapa dekad ini dan sebagai permulaan, situasi buruh asing harus dinilai secara holistik.

Katanya, apa yang perlu dilihat ialah sama ada terdapat kekurangan pekerja atau majikan tidak sanggup membayar gaji mengikut pasaran untuk menarik rakyat Malaysia bekerja.

"Kerajaan telah terlalu lama membenarkan majikan memutarbelitkan kedudukan gaji pasaran melalui penggunaan dan penyalahgunaan buruh asing.

"Ini telah memberi kesan kepada pekerja-pekerja Malaysia secara langsung, dan khususnya kepada golongan B40 dan M40," katanya.

Beliau berkata, perintah pembekuan itu turut memberikan kesan kepada pekerja Indonesia juga kerana mereka seolah-olah menanggung beban perbalahan diplomatik antara negara.

Katanya, apa yang penting adalah mematuhi Piawaian Buruh Antarabangsa jika membabitkan buruh asing.

"Oleh itu sudah tiba masanya kerajaan Malaysia melihat isu-isu yang membelenggu pekerja, sama ada tempatan atau asing, dari sudut