CAMU sedia beri kerjasama pinda RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959

 

CAMU sedia beri kerjasama pinda RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959

 

 

#BuletinBernama : Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU), sedia membuka tirai rundingan dan perbincangan meja bulat dengan kerajaan agar satu keputusan bersama dapat dicapai berhubung pindaan Rang Undang-Undang Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Pengerusi CAMU, Rudy Rusly berkata, sebagai langkah segera, gabungan yang mempunyai sokongan 40 kesatuan kebangsaan mewakili 500,000 pekerja, menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 2 Julai lalu.