single-img-two
pattern
SELAMAT DATANG KE SPCAAM

PERSATUAN KHIDMAT NASIHAT PENCARUM PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (SPCAAM)

SPCAAM adalah sebuah organisasi yang bukan berasaskan kepada keuntungan, memperjuangkan promosi dan pembelaan hak pekerja untuk perlindungan sosial, suatu dasar hak asasi manusia.

Matlamatnya adalah untuk mengurangkan risiko sosial dan kerentanan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan menjaga kesejahteraan pekerja.

Keahlian bersekutu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk memajukan matlamat dan tujuan SPCAAM.

 
 

Objektif SPCAAM

  • Membantu pekerja-pekerja dalam sektor awam, swasta, badan berkanun, informal serta pekerja asing dalam perlindungan sosial.
  • Mengadakan program dan pendedahan perlindungan sosial dalam pekerjaan.
  • Menjadi wakil kepada ahli dan pekerja bagi perlindungan dengan agensi-agensi.
  • Menyokong dasar kerajaan yang membawa manfaat kepada ahli.
  • Bekerjasama dengan persatuan yang mempunyai matlamat yang sama.
  • Menjaga kebajikan ahlinya.
  • Promosikan kesejahteraan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • Menyampaikan maklumat perlindungan sosial kepada ahli.
  • Memberi cadangan kepada kerajaan dan swasta mengenai perlindungan sosial.
  • Melakukan segala yang perlu untuk mencapai matlamat SPCAAM.