Perjuangan untuk menghapuskan caj RM1 pengeluaran antara bank di ATM semakin mendapat sokongan! Kali ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid bersuara lantang, mendesak agar caj ini dikaji semula kerana ia membebankan golongan B40 dan M40.
"Bagi mereka yang berpendapatan rendah, termasuk ibu tunggal yang sudah bergelut untuk meneruskan kehidupan, setiap ringgit amat bermakna. Pengenaan semula caj ini, lebih-lebih lagi ketika kos sara hidup meningkat, bercanggah dengan usaha meringankan beban rakyat."
Beliau turut menuntut ketelusan daripada BNM, PayNet, dan pihak bank—ke mana sebenarnya perginya keuntungan ini? Jika wang ini tidak digunakan untuk manfaat rakyat, kerajaan perlu bertindak segera!
"Monopoli mesti berfungsi dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Keuntungan dari perkhidmatan perbankan asas tidak boleh mengorbankan kesejahteraan sosial."
Tanggungjawab BNM adalah untuk memastikan kestabilan kewangan negara dan kesejahteraan ekonomi rakyat, BUKAN menambah beban hidup mereka! Sudah tiba masanya untuk menghentikan ketidakadilan ini.
Baca artikel penuh: https://www.thevibes.com/.../rm1-interbank-atm-fee-needs...
Tandatangani & sebarkan petisyen kami SEKARANG! https://www.change.org/HapusCajRM1